BENDERA SEKOLAH
Warna kuning yang terdapat pada bendera sekolah melambangkan
kesetiaan kepada sekolah dan berusaha untuk mencapai kejayaan
yang Cemerlang . Bendera sekolah biasanya dikibarkan dihadapan
tapak perhimpunan sekolah.
LAGU SEKOLAH
BERSATU BERUSAHA BERJAYA
COGAN SEKOLAH KITA
DISIPLIN BERHEMAH DAN BERBUDI
LAMBANG PERIBADI BERILMU
‘chorus’
DISINILAH TUNAS NEGARA
MENGISI ILMU DI DADA
BEKALAN MASA HADAPAN
UNTUK CAPAI WAWASAN
BERSATU BERUSAHA BERJAYA
COGAN SEKOLAH KITA
DISIPLIN BERHEMAH DAN BERBUDI
LAMBANG PERIBADI BERILMU
LOGO SEKOLAH
WARNA PADA LOGO SEKOLAH
WARNA KUNING Melambangkan kesetiaan kepada sekolah dan patuh
kepada undang-undang sekolah.
WARNA MERAH Melambangkan kegigihan pelajar menuntut ilmu dan
berani menempuh segala cabaran untuk mencapai
kejayaan.
WARNA BIRU Melambangkan sekolah ini berada di kawasan
petempatan nelayan dan majority murid-muridnya terdiri
dari anak-anak nelayan.
WARNA HIJAU Melambangkan agama Islam adalah agama rasmi
negara Malaysia.
LAMBANG PADA LOGO SEKOLAH
POKOK PADI Tanaman utama penduduk negeri Kedah.
LAUT Pekerjaan utama penduduk tempatan iaitu nelayan
OBOR Kesukanan
MASJID Agama rasmi adalah agama Islam.