“Saya calonkan sahaja,dapat atau tidak itu bergantung pada habuan.” Itulah ungkapan Tuan Guru Besar Cemerlang SKHI yang mengenang jasa guru dan staf yang berkhidmat dengan cemerlang melebihi 15 tahun.Tuan Guru Besar Cemerlang telah terpilih untuk menerima Pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) & Bintang Cemerlang Kedah (BCK) atas jasa dan bakti beliau dalam pentadbiran SKHI, Jabatan dan Negeri Kedah sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah. Antara guru dan staf yang telah terpilih untuk menerima Bintang/Pingat :-
Puan Suraiya Binti Noh P.C.K. – Pingat Cemerlang Kedah (Pembantu Tadbir P/O ),
Puan Mafuzah Binti Said P.J.K. – Pingat Jasa Kebaktian (Guru Akademik Bahasa Inggeris),
Ustaz Haji Mohd Nazmi Bin Mat Salleh P.J.K. – Pingat Jasa Kebaktian (Guru Agama),
Puan Norolhusna Binti Harun P.J.K. – Pingat Jasa Kebaktian (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Puan Hajjah Norzaharah Binti Hamid P.P.L. – Pingat Perkhidmatan Lama (Guru Penolong).
En. Md. Zanil Bin Saffie P.P.N – Pingat Pangkuan Negara(Penolong Kanan Kokurikulum)-kini berkhidmat sebagai Guru Besar
Sekalung tahniah buat anda semua!






