
Hari ini merupakan hari terakhir Tuan Guru Besar SKHI, Cikgu Rafidi & Cikgu Norbani berkhidmat sebagai seorang guru disekolah.Cikgu Rafidi mula bertugas sebagai guru di SKHI pada 16 Mac 2021 manakala cikgu Norbani pula pada 1 Disember 2009.Cikgu Rafidi mula bertugas sebagai seorang guru pada tahun 1988 manakala cikgu Norbani pula pada tahun 1986.
Kami seluruh warga SKHI ingin mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru.