
Pada 29 & 30 Jun 2018 yang lalu,SKHI dengan kerjasama Sekolah Tahfiz Tammalang dari Thailand telah mengadakan satu program jalinan muhibbah bertempat di Satun,Thailand.Program ini dihadiri oleh hampir seluruh warga SKHI ( turut membawa ahli keluarga ) dan wakil dari Sekolah Tahfiz Tammalang.Pelbagai kisah dan pengalaman dikongsikan antara SKHI dan ST Tammalang ini.Keesokannya,warga SKHI mengambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Satun.