Pengenalan
Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2′ Utara , 100.4′ Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan ‘Pokok Sena’ itu.
Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.Pokok Sena juga masih diuruskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar ( MBAS ).
Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih ladi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.
Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.
Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan ‘Pokok Sena’ itu.
Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH POKOK SENA
Memuat Gambar, Sila Tunggu Sebentar…
TASIK BIRU BUKIT PINANG
RIMBA REKREASI PUNCAK JANING
TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
-
TASIK BIRU BUKIT PINANG
Asalnya kolam tersebut adalah merupakan sebuah bukit yang dikorek untuk kerja-kerja pembangunan dan selepas ditinggalkan ianya telah menjadi tempat rekreasi dan kolam mandi. Pengunjung akan memenuhi kawasan ini pada waktu petang untuk beriadah bersama keluarga dan berehat kerana suasananya yang dikelilingi bukit setinggi 15 meter serta menenangkan. Air kolam di sana sangat sejuk dan ramai golongan muda tidak melepaskan peluang untuk mandi terutamanya pada waktu musim cuti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan kolam ini. -
RIMBA REKREASI PUNCAK JANING
Air Terjun Puncak Janing merupakan air terjun 4 peringkat yang terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai. Sungai yang membentuk air terjun di sini adalah Sungai Janing yang berkepanjangan 1.5 km. Di sekitar kawasan sungai dan air terjun ini anda dapat melihat tumbuhan seperti kasai, tulang daing, palma dan meranti tembaga yang tumbuh mekar dan penuh kehijauan, menyejukkan mata yang memandang. Selain menikmati pemandangan yang indah untuk menenangkan fikiran, anda boleh melakukan aktiviti lain seperti mendaki gunung, berkhemah dan meredah hutan. -
TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati ini merupakan kawasan yang dikhaskan untuk menghasilkan tanaman-tanaman seperti jagung, nenas, cili, petola, mas melon, tebu dan mangga. Kalau anda datang ke sini anda boleh membeli hasil-hasil tanaman yang segar secara runcit mahupun borong dari Gerai Jualan Terus dan Pusat Pengumpulan TKPM Gajah Mati. Dah puas membeli-belah, bolehlah meneruskan aktiviti percutian anda sekeluarga dengan berkelah pula. WAKTU OPERASI : Setiap Hari 8.30 Pagi - 5 Petang TIKET : PERCUMA