Projek Letak Kereta PIBG SK Haji Ismail
Projek Letak Kereta PIBG SK Haji Ismail mempunyai lesen sah dari Majlis Bandaraya Alor Setar dan menggunakan halaman sekolah sebagai kemudahan orang awam dan pelancong untuk meletak kenderaan sebelum bertolak ke Pulau langkawi.Kawasan halaman SKHI yang terhad digunakan dengan sebaiknya bagi tujuan pendapatan PIBG.Lokasi sekolah yang terletak berhadapan dengan Terminal Feri Kuala Kedah sedikit sebanyak mengurangkan beban pelanggan untuk ke Terminal Feri.Ruang letak kereta di SKHI mampu menampung melebihi 100 buah kenderaan pada satu-satu masa.Dengan adanya pengawal sekolah, sedikit sebanyak mengurangkan risiko kehilangan mahupun kerosakan kenderaan pelanggan dan mereka memudahkan urusan pelanggan mencari petak parking yang masih kosong.
PIHAK PENGURUSAN TIDAK MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN BUAT MASA SEKARANG.PELANGGAN HANYA PERLU DATANG TERUS KE SEKOLAH UNTUK SEBARANG URUSAN.
PIHAK KAMI JUGA TIDAK MELANTIK SESIAPAPUN UNTUK MENJADI PERANTARA.JIKA TUAN PUAN DI DEKATI OLEH MANA-MANA INDIVIDU UNTUK URUSAN PARKING DI SEKOLAH, IANYA BUKAN DARI PIHAK KAMI.HARAP MAKLUM.
BAYARAN :
1 Hari : RM10 ( Tidak Berbumbung )
: RM12 ( Berbumbung )
* Masuk Hari Ini, Esok Balik Dikira RM10!
*PARKING HANYA DIBUKA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN SAHAJA*