MAJLIS PENGIKTIRAFAN MURID 2019

Majlis Pengiktirafan Murid 2019 berlangsung pada 9 Julai 2019 dengan penuh gilang gemilang.Majlis ini diberi nama baru menggantikan Majlis Anugerah Kecemerlangan yang mana nama baru ini lebih memfokuskan pada pengiktirafan semua aktiviti melibatkan murid.Majlis dimulakan dengan sambutan kehadiran para waris,tetamu jemputan khas dan VVIP yang disambut dengan paulan kompang.Majlis dirasmikan oleh YB Encik Mohd Asmirul Anuar Bin Aris,EXCO Kerajaan Negeri Kedah, diiringi oleh En. Yahaya Bin Sani, Pengarah MARA Negeri Kedah dan Tuan Haji Mokhtar Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG serta NYDP,guru-guru besar PKG Telok Kechai,mantan guru dan guru besar SKHI serta tetamu jemputan khas yang banyak memberi sumbangan bakti kepada SKHI.Selasai majlis penyampaian hadiah di Dewan Cempaka Sari,satu kejutan telah dilakukan oleh wakil pihak MILO Malaysia dengan menyampaikan replika tiket penerbangan kepada Adik Muhammad Imtiyaz Syafi yang berjaya menempatkan diri dalam senarai Skuad Futsal Malaysia B12 dan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa di Barcelona,Sepanyol.Kejutan ini dilakukan pada sesi ke-2 majlis yang dilangsung di pentas kafeteria SKHI.Acara diteruskan dengan persembahan multimedia,alunan muzik tradisional oleh murid SKHI,nyanyian dan tarian senam sihat.Acara berkahir kira-kira jam 12.00 tengah hari dan mendapat pujian dari para tetamu yang hadir.Terima kasih pada semua warga SKHI yang bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan penuh gilang gemilang.We Are Ismailians!

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.