SK Haji Ismail telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kursus Orientasi DSKP Tahun 6 (KSSR) untuk daerah Kota Setar tahun 2015 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar (PPDKS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNKEDAH).Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana telah dipilih dan kami akan memastikan kelancaran program ini dengan sebaiknya.Kursus ini bermula pada 1 April 2015 sehingga 14 Mei 2015 dimana ianya dilakukan 2 kali seminggu.Seramai 55 orang peserta yang terdiri dari guru-guru sejarah Daerah Kota Setar hadir ke kursus ini.