PENGENALAN
Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjong, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, Sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas.Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.
Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar “Kulim” mendapat nama jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil “Kulim” (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.).
Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH KULIM