KOTA SETAR

DAERAH KOTA SETAR

PENGENALAN

 

Sewaktu bersemayam di Kota Bukit Pinang, Sultan Muhammad Jiwa mengarahkan para pembesarnya meneroka pusat pemerintahan baru untuk menggantikan Kota Bukit Pinang. Tempat baru itu dinamakan Kota Setar mengambil sempena nama pohon setar yang banyak tumbuh di situ.

Sebuah istana baru telah dibina lengkap dengan balai besar (balairong-seri/balai penghadapan), balai nobat dan masjid. Sebelum itu rakyat dikerah untuk menggali beberapa batang terusan antaranya dari Alor Semadom ke Sungai besar di Pumpong, dari Kanchut tembus ke sungai besar di Pengkalan Badak, dan sebatang lagi menghala ke Gerbang (Gedebang) melalui Geduk hingga ke sungai Pengkalan Kundor.

Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa dengan rasminya berangkat bersemayam di Istana Kota Setar.Bangunan yang dikenali sebagai Balai Besar atau Balairong Seri atau Balai Penghadapan yang dilengkapkan dengan sebuah astaka dan singgahsana sultan telah dibina. Baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin yang sebelum ini bersemayam di Istana Bukit Pinang lalu berangkat pindah ke istana baru di Kota Setar.Selepas itu, bermula pada 15 Disember 1735, terciptalah sejarah kelahiran Bandar Diraja Kota Setar. Kewujudan bandar ini telah kekal hingga ke hari ini dan Alor Setar kini telah membangun dengan pesatnya.

Alor Setar mengalami pembangunan yang pesat selepas Perang Dunia II. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar bandar ini telah dibina selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada amnya, bangunan-bangunan lama yang wujud adalah tertumpu di kawasan pembangunan awal Alor Setar iaitu di sekitar kawasan Pekan Melayu, Pekan Cina, Jalan Langgar dan juga di Jalan Raja.

Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ‘Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.Bandaraya Alor Setar adalah bandaraya yang tertua di Malaysia dengan berusia lebih 250 tahun sejak penubuhannya.

 

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH KOTA SETAR

MEMUAT GAMBAR,SILA TUNGGU SEBENTAR..