Loading…Sila Tunggu Sebentar Sementara Gallery Muncul.

SURAU AN-NUR

PUSAT SUMBER SEKOLAH

DEWAN CEMPAKA SARI

KAFETERIA

BILIK MESYUARAT PUTIH SEROJA

TAMAN INFORMASI

TAMAN MINDA

KAMAR IDEAL
-
SURAU AN-NUR
Surau An-Nur SKHI telah dianugerahkan sebagai Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2014 sekaligus merupakan Surau Terbaik Sekolah Negeri Kedah 2014.Mempunyai 3 unit penghawa dingin serta ukiran islamik di setiap genap surau menjadikan seolah-olah kita berada di sebuah masjid yang indah.2 ruang mengambil wudhuk disediakan bagi lelaki dan perempuan.Menjengah ke luar,terdapat satu kapsul dinamakan Kapsul Bima Sakti yang menerangkan tentang buruj.Ditepi surau terdapat tanaman pokok-pokok mangga dan pokok hiasan mini serta laluan pejalan kaki.Dibelakang surau terdapat tandas awam untuk kegunaan semua warga SKHI serta komuniti luar dan replika kubur sebagai simbolik keinsafan dan pembelajaran. -
DEWAN CEMPAKA SARI
Dewan Cempaka Sari terletak di bangunan cenderawasih ( blok 4 tingkat ).Dewan ini merupakan dewan tertutup dan mempunyai 8 unit penghawa dingin bagi keselesaan warga SKHI dan juga komuniti luar yang menyewa dewan ini.Dewan ini mampu menempatkan hampir 400 orang dalam satu-satu masa.Lengkap dengan unit pengcahayaan dan sistem audionya sendiri. -
KAFETERIA
Kafeteria SKHI berkonsepkan Kopitiam.Meja-meja dan kerusi marble digunakan bagi memberi penjiwaan sebuah kopitiam yang sebenar kepada murid-murid dan tetamu.Set kerusi dan meja ala foodcourt juga turut digunakan.Kafeteria SKHI juga mempunyai pentas persembahan dan set PA Sistemnya sendiri.Bahagian dalaman kafeteria pula berhawa dingin dan mempunyai bilik khas untuk tetamu VIP & VVIP.Ruang penyediaan makanan dan minuman juga diasingkan bagi memberi keselesaan. -
TAMAN INFORMASI
Taman Informasi terletak di lokasi yang strategik iaitu dihadapan laluan Dewan Cempaka Sari.Taman ini bersambung dengan Taman Minda melalui laluan khas.Segala informasi boleh dibaca disini sambil santai di gazebo yang berhadapan dengan kolam ikan.Air terjun mini menambahkan keasyikan pemandangan sesiapa sahaja yang melalui laluan ini. -
TAMAN MINDA
Taman Minda terletak berhadapan dan sebelah Kamar IDEAL sahaja.Taman ini diwujudkan bagi menyeimbangkan ekosistem dan menyedapkan mata memandang sebaik anda mahu ke Kamar IDEAL ataupun keluar dari Kamar IDEAL.Taman ini mempunyai sangkar burung,sangkar ayam serama,sangkar kucing,bunga-bungaan,laluan refleksologi dan pokok-pokok hiasan hidup. -
KAMAR IDEAL
Kamar IDEAL SKHI merupakan tandas yang tercalon dalam Anugerah Tandas Terbersih Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.Kamar IDEAL memenangi Anugerah Gangsa Tandas Terbersih Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah.Kamar IDEAL terdiri daripada Tandas Guru,Murid,Awam dan VVIP.Perktaan IDEAL itu sendiri merujuk kepada aspek-aspek Informasi,Dinamik,Efektif,Asertif dan Libur.