
Tahniah buat seluruh ibubapa, warga SKHI dan PIBG yang berjaya mengekalkan peratus kehadiran murid sehingga mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia serta PPD Kota Setar dua bulan berturut-turut untuk tahun 2020.Terima kasih kerana menjadi ibubapa yang perihatin dan memastikan anak-anak anda datang ke sekolah setiap hari.Kami di SKHI telah berusaha menyediakan prasarana yang ceria dan terbaik buat anak-anak anda.Elemen Kebahagiaan & Keseronokan dalam Anugerah Kebangsaan 3K 2019 yang dimenangi itu bukanlah sekadar ” buat dan tinggal” tetapi ianya merupakan batu loncatan buat SKHI meneruskan kecemerlangan untuk tahun mendatang.Kami akan memastikan bukan sahaja elemen Kebahagian & Keseronakan, malah Elemen Kebersihan & Kesihatan serta Keselamatan yang menjadi nadi 3K juga akan bergerak seiring.Dengan kepaduan bahagian Pentadbiran Sekolah, Guru & Staf, PIBG serta semua waris insyallah kita akan mengekalkan anugerah ini untuk kali ke-3 berturut-turut.Amin.