YAN

 608 total views,  1 views today

DAERAH YAN

PENGENALAN

 

Yan merupakan sebuah Bandar dan Daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari Bandar Raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.Yan juga memiliki Hospital Yan.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan rekreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

  • Hutan Lipur Gurun Kuari
  • Hutan Lipur Perigi
  • Hutan Lipur Sungai Teroi
  • Hutan Lipur Sungai Kunyit
  • Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
  • Hutan Reakreasi Sri Perigi
  • Hutan Rekreasi Batu Hampar
  • Lubuk Kawah Kampung Teroi Bukit

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH YAN