
Portal SKHI akhirnya mencapai 100,000 viewers setelah 2 tahun beroperasi.Untuk makluman, portal ini telah diwujudkan pada tahun 2014 di bawah hosting lain tetapi terhenti seketika akibat masalah teknikal dan kekurangan sumber dana kerana kos hosting yang agak tinggi.Pada awal 2018 portal ini kembali dibangunkan secara serius dengan tapak hosting yang baru dan lebih mampu milik dengan sokongan penuh Tuan Guru Besar ketika itu, En. Ahmad Sabri.Hasilnya, pada tahun 2019 portal ini berjaya memenangi naib johan kategori Portal Terbaik Sekolah Rendah Negeri Kedah 2019 dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Kedah.Dan sepanjang tempoh 2 tahun lebih sahaja, portal SKHI telah berjaya mencapai 100,000 viewers.
Saya selaku administrator dan mewakili seluruh warga SKHI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca tidak kira lah samada membaca artikel mengenai berita sekolah, mencari tempat parking, ingin melihat siapa kakitangan sekolah, panorama sekolah mahupun info tempat-tempat menarik yang dipromosikan oleh kami di portal ini.Terima Kasih!