
SKHI memulakan tahun 2020 dengan ketiadaan salah seorang pentadbir yang sangat aktif dalam aktiviti sekolah dan komuniti khasnya dalam bidang sukan.Beliau adalah Penolong Kanan Kokurikulum di SKHI iaitu Encik Rosli Bin Mohd Desa.Beliau memulakan tugasnya di SKHI pada 16 September 2017 dan bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada 1 Disember 2019.Terima kasih atas segala ilmu dan bakti yang dicurahkan kepada anak-anak didik serta rakan-rakan di SKHI.Semoga Cikgu Rosli meneruskan kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi dan jangan lupakan kami di SKHI.All the best Cikgu Li JPN.