
SKHI mengambil pendekatan berbeza bagi memotivasikan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR kurang sebulan dari sekarang,Oleh itu,satu program/kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018 telah diadakan di Chalet Puteri Ayu di Kawasan Rekreasi Batu Hampar,Yan.Pendekatan suasana alam semulajadi diharap memberi lebih motivasi dan fokus kepada murid-murid sambil merehatkan minda melihat flora dan fauna sekeliling.Program ini dijalankan selama 2 hari bermula hari khamis 30 Ogos 2018 hingga jumaat 31 Ogos 2018.YDP dan NYDP PIBG juga turut hadir beserta wakil dari komuniti setempat,kafeteria sekolah,staf dan guru-guru.