
Taklimat awal telah diberi kepada semua murid tahun 6 yang terlibat dalam kem jati diri yang akan diadakan di Kem Tok Jalai, Kepala Batas, Kedah.Taklimat ini berlangsung di Dewan Cempaka Sari SKHI.Diharap dengan penerangan awal ini dapat membantu murid-murid membuat persediaan rapi menjelang hari sebenar Kem Jati Diri.Berikut merupakan sedikit informasi mengenai kem ini :
Tarikh : 20.2.2020 – 22.2.2020
Hari : Khamis – Sabtu
Jam : 2.00 Petang Khamis ( Berkumpul di SKHI untuk menaiki trak tentera ke Kem Tok Jalai )
2.00 Petang Sabtu ( Bertolak pulang dari Kem Tok Jalai ke SKHI )