TAHNIAH DAN TERIMA KASIH CIKGU NON

Hari ini merupakan hari terakhir buat Cikgu Zainul ‘Abidin Bin Ismail BKM. atau lebih mesra disapa Cikgu Non kerana telah selesai menjalankan Program Perantisan 2 NPQEL IAB (UTARA) 1/2019 di SKHI.Cikgu Non merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Kebun Pinang,Tandop, Alor Setar.Beliau menjalankan program ini di SKHI selama hampir 4 minggu.Banyak perkara yang beliau pelajari dan berkongsi idea dengan SKHI.Cikgu Non diraikan dalam majlis perpisahan ringkas di Dewan Cempaka Sari SKHI dengan sijil,plak dan cenderahati disampaikan oleh PK Pentadbiran, Cikgu Azeman dan YDP PIBG, En. Suwandi.Diharap segala ilmu yang dipelajari Cikgu Non dapat dijadikan pengalaman ketika menyandang jawatan Guru Besar suatu hari nanti.

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.