
Alhamdulillah dan Tahniah buat seluruh warga SKHI terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam memastikan pengurusan kewangan PIBG berjalan lancar.Bukan mudah sebenarnya menguruskan kewangan PIBG yang kantungnya boleh dikatakan sedia terisi saban tahun.
Majlis Anugerah PIBG / PIBKS Negeri Kedah 2020 ini telah diadakan pada 14 Disember 2020 bertempat di Hotel Adya, Langkawi dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor.
SKHI telah menghantar wakilnya iaitu Pn. Rosita, Penolong Kanan HEM dan Pn. Zaharani, Bendahari PIBG SKHI.Buat semua warga SKHI, ini adalah hadiah untuk kita semua dalam musim pandemik Covid19.
Tahniah!