TAHNIAH ADIK IMTIYAZ SYAFI MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERSADA ANTARABANGSA

Buat pertama kalinya dalam sejarah,anak didik SKHI akan mewakili negara Malaysia dalam pertandingan peringkat antarabangsa.Adik Imtiyaz Syafi pasti akan menjadi idola bagi generasi seterusnya kerana telah mengharumkan nama SKHI di persada negara serta bakal beraksi di pentas dunia.Adik Muhammad Imtiyaz Syafi Bin Ghazali merupakan seorang pelajar di tahun 6 Hibiscus dan merupakan anak kepada salah seorang guru di SKHI iaitu Cikgu Norhafiza.Bapanya pula merupakan seorang mekanik di sebuah bengkel kereta di jalan Kuala Kedah.Adik Imtiyaz merupakan seorang penjaga gol utama skuad bola sepak bawah 12 tahun SKHI dan juga penjaga gol utama skuad B12 Daerah Kota Setar yang memenangi kejohanan bola sepak B12 MSSK 2019 baru-baru ini.Pihak MILO telah memilih adik Imtiyaz dalam program bola sepak meraka dan beliau akan mewakili negara Malaysia dalam kejohanan MILO International Futsal Championship yang akan dilangsung pada 21 JULAI 2019 hingga 6 OGOS 2019 di Barcelona,Sepanyol.Pihak MILO berbesar hati menyampaian replika tiket penerbangan dan jersi pasukan Barcelona kepada adik Imtiyaz sebagi simbolik majlis kejutan buatnya.Semoga dengan kejayaan adik Imtiyaz ini dapat mendorong semangat buat adik-adik beliau di SKHI.Tahniah buat permata berharga SKHI, Muhammad Imtiyaz Syafi Ghazali!.We Are Ismailians!

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.