SUMBANGAN IKHLAS KEPADA MURID MISKIN DAN YATIM DARI YAYASAN PELAJARAN MARA

Hari ini SKHI menerima kunjungan wakil dari Yayasan Pelajaran MARA ( YPM ) untuk memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga murid yang miskin dan yatim di SKHI.Keluarga ini hidup serba daif dan mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah di SKHI.Selain kesempitan hidup, keluarga ini juga diduga dengan kematian bapa mereka pada awal tahun ini.Tidak cukup dengan itu,ibu mereka pula jatuh sakit dan tidak mampu bekerja.Warga SKHI dan PIBG SKHI juga ada memberi sumbangan kepada keluarga malang ini.Diharap dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka.Jika anda pembaca sekalian ingin memberi sumbangan, bolehlah menghubungi kami.Terima Kasih.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.