
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, SKHI telah dinobatkan sebagai Naib Juara Anugerah Pangiktirafan Sayangi Sekolahku@3K Peringkat Kebangsaan 2019 bertempat di Aloft Hotel,KL Sentral Kuala Lumpur.SKHI menghantar seramai 10 wakil termasuk 2 orang pelajar.Tahniah buat semua warga SKHI atas kerjasama yang padu dan tidak mengenal erti penat dalam menjayakan program 3K di SKHI.Tidak dilupakan, PIBG SKHI yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran kempen serta komuniti-komuniti setempat yang menaburkan keringat.Tahniah pada semua.