SKHI MENERIMA LAWATAN DARI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah buat SKHI kerana telah menerima kunjungan dari YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia beserta isteri.Turut mengiringi YB adalah Dato’ Haji Najmi Ahmad, EXCO Pendidikan Kedah serta beberapa pegawai dari Jabatan Pendidikan serta Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri bangunan usang yang akan dirobohkan bagi menggantikan dengan bangunan baru.Projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2021 nanti.YB Dr. Radzi Jidin turut melawat bangunan sekitar untuk meneliti tahap keselamatan sekolah ini.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri kerana sudi meluangkan masa untuk turun sendiri melihat perkembangan sekolah ini.Terima kasih kepada semua warga SKHI yang turun padang untuk membantu melancarkan program ini.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *