SIK

330 total views, 2 views today

DAERAH SIK

PENGENALAN

 

Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan Negeri Kedah. Daerah ini ialah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini, daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

Sik berasal daripada perkataan Arab iaitu “Syed” atau “Sheikh” dan jika disebut dalam loghat Pattani (selatan Thai), ia berbunyi “Sik” iaitu sebutan antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arablah yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Petron sekarang di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh ( Gunung Jerai juga mempunyai tempat bernama sama ) sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan faunanya. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah “kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah”.

Berikut adalah antara Hutan Lipur dan Rekreasi serta kawasan pelancongan popular yang terdapat di daerah ini:

  • Hutan Lipur Lata Lembu
  • Hutan Lipur Lata Mengkuang
  • Hutan Rekreasi Rimba Taqwa
  • Ladang Anggur Tasik Beris
  • M.U.D.A. Resort – agro-pelancongan
  • Bendang Man – agro-pelancongan
  • Lata Batu Hampar

 

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI DAERAH SIK