SIAPA HAJI ISMAIL?

Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim AMN.,JP.

Haji Ismail Bin Ibrahim merupakan wakil rakyat yang dipilih dalam PRK Pertama Malaysia 1959 dan beliau memenangi kerusi DUN Langkawi ( Termasuk Kuala Kedah ).Dilahirkan pada 1904 dan meninggal dunia pada 25 April 1984 ketika berusia 80 tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Nyonya , Kuala Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah agama di Mekah selama 20 tahun.

Beliau berkahwin dengan Hajjah Sofiah Binti Haji Endut  dan dikurniakan 9 orang anak.Selain dari menjadi ulama,beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Kuala Kedah dan Mudir Sekolah Arab Seberang Nyonya di Kuala Kedah.

Seorang yang sangat dikenali ramai di kawasannya, beliau menceburi bidang politik dan telah dipilih sebagai Wakil Rakyat di DUN Langkawi dalam Pilihanraya Umum Malaysia yang Pertama ( PRU1 ) 1959 – 1964 dengan mewakili Parti Perikatan ( Barisan Nasional ).Kawasan Kuala kedah pada ketika itu berada dalam sempadan DUN Langkawi.Beliau memenangi DUN Langkawi dengan majoriti 5,658 menewaskan calon dari Parti PAS, Lebai Abdullah Bin Jusoh dan Hanafi Bin Ahmad dari Parti Negara.

Beliau terlibat secara aktif dalam khidmat komuniti di sekitar Kuala Kedah termasuklah merintis khidmat gotong-royong membaik pulih bangunan sekolah ini bersama penduduk setempat.Bangunan yang telah uzur telah dibaik pulih dan kini tapak bangunan tersebut masih kekal megah dengan bangunan baharu yang dibina.Nama Haji Ismail telah disemadikan pada sekolah ini pada tahun 1997 selepas nama asal sekolah ini, SK Seberang Nyonya ( Kini SK Haji Saleh Masri ) dibawa dan digunakan di bangunan sekolah yang baru.

 

Dalam Kenangan 1904 – 1984

Allahyarham Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim AMN.,JP.