SELAMAT JALAN DAN TERIMA KASIH CIKGU CHE AISAH

Pagi ahad yang indah ini kelihatan sedikit mendung seolah meratapi majlis perpisahan ringkas Cikgu Che Aisah Binti Ishak, Guru Pemulihan di SKHI.Beliau mula berkhidmat di SKHI pada 1 Januari 2018 dan 1 Januari yang lalu genaplah 2 tahun beliau berkhidmat disini.Beliau akan meneruskan khidmatnya di SK Haji Hasan Itam,Simpang Empat,Segala pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan kepada SKHI takkan kami lupakan terutamanya membimbing Kelab Doktor Muda SKHI memenangi Johan Pertandingan Senam Sihat 2019 Negeri Kedah.Semoga Cikgu Aisah terus memberikan yang terbaik walau dimana beliau berada dan kami di SKHI mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.