
Hari ini merupakan hari yang paling sedih buat semua warga SKHI kerana hari ini juga Cikgu Shofiah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Piah dikalangan guru dan staf akhirnya menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang kakitangan awam atau lebih tepat lagi sebagai seorang guru.Selama 30 tahun beliau berkhidmat sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah dan bersara di SKHI.Seorang yang digelar sebagai ‘Kaki Melancong’ , beliau sering mengadakan lawatan-lawatan ke luar negara bersama rakan-rakan SKHI antaranya United Kingdom. Turki, Mesir, Arab Saudi, China, Korea, Indonesia, Brunei, Singapura,Thailand dan Vietnam.Kak Piah dijemput di rumah dan dibawa menaiki kenderaan ke SKHI.Ketibaan Kak Piah di SKHI disambut pula oleh semua warga SKHI dengan paluan kompang dan diiringi oleh dayang-dayang dan hulubalang SKHI.Majlis bertukar hiba apabila Pn. Norlida menyampaikan sajak yang penuh dengan emosi.Sesi penyampaian hadiah kepada Kak Piah berlangsung penuh meriah dan Kak Piah juga sudi memberikan hadiah cenderahati kepada semua kakitangan SKHI.Kak Piah dibawa berarak menaiki motor elektrik di sekitar Dataran Seri Pagi dan diakhiri dengan iringan ke Bas sebagai simbolik melancong.Kak Piah dihantar pulang ke rumah dengan menaiki Bas dan ditemani oleh semua warga SKHI.Selamat bersara Kak Piah..Ingatlah kami sentiasa…