SEKOLAH PENYAYANG : ZIARAH CAKNA BULAN MEI

Untuk bulan Mei ini Program Ziarah Cakna berkunjung ke rumah allahyarham Aziz Bin Ibrahim,yang meninggal dunia baru-baru ini.Allahyarham merupakan seorang nelayan dan meninggalkan seorang balu serta 9 orang anak.3 orang dari anak allahyarham merupakan pelajar di SKHI.Ibu mereka kini terlantar sakit dan tidak mampu bekerja bagi menampung kos sara hidup mereka.Atas keperihatinan warga SKHI, kami telah melancarkan tabung derma peringkat sekolah dan beberapa sumbangan pihak luar atas inisiatif guru-guru SKHI.Sumbangan berupa wang tunai, bahan keperluan dan basikal disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Rosita dan Cikgu Wan Yusliana.Semoga adik-adik ini terus cekal menempuh hari-hari yang mendatang dan bersemangat untuk datang kesekolah dengan basikal baru.

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *