SAMBUTAN HARI GURU SKHI 2019

 480 total views,  1 views today

Sambutan Hari Guru Peringkat SKHI 2019 telah dilangsungkan dalam suasana penuh meriah.Tema untuk tahun ini adalah “Kembar & Kembali ke Sekolah”.Semua guru,staf dan PIBG mengenakan pakaian sekolah dan ada juga yang mengenakan tema kembar.Murid-murid kelihatan teruja melihat guru-guru mereka kelihatan comel berpakaian seperti mereka.Majlis diadakan di dalam Dewan Cempaka Sari dengan dimulakan dengan Bacaan Yasin.Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG SKHI.Acara diteruskan dengan perarakan masuk Kek Hari Guru yang ditaja oleh EyeMaster Optometris & Pihak Kafeteria Alamanda SKHI dan kemudian acara pertukaran hadiah diadakan dan diakhiri dengan persembahan murid serta tarian istimewa dari wakil PIBG SKHI.Terima kasih dan Selamat menyambut Hari Guru!

“Guru,Obor Hemah Menyinari Pertiwi”

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *