PROGRAM ZIARAH CAKNA : ZIARAH KE RUMAH ALLAHYARHAM ENCIK AZIZ

 347 total views,  2 views today

Tanggal 19 Januari 2019,Encik Aziz yang merupakan bapa kepada 3 pelajar yang bersekolah di SKHI telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit jantung.Beliau yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri serta 9 orang anak.3 daripanya masih bersekolah di SKHI iaitu adik Muhammad Azim Hakimi Bin Aziz ( 6 Lavender ), Muhammad Ammar Huzaimi Bin Aziz ( 5 Camelia ) dan Muhammad Afiq Haziq Bin Aziz ( 2 Tulip ).Pihak SKHI dan PIBG SKHI telah menghulurkan sumbangan berupa barang keperluan harian serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga ini.Semoga roh Allahyarham Encik Aziz ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.Al-Fatihah…

 

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *