Warga SKHI telah menyertai Program Kuala Kedah Bersih Aman Damai yang diadakan pada 25 Mac 2015 di Masjid Tengku Ahmad Tahuddin,Lorong Masjid Lama di Kuala Kedah.Program diiringi oleh guru – guru SKHI iaitu Pn. Norolhusna, Ustaz Ahmad Nazmi, Ustaz Rozaini dan En. Nizam.Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Bin Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia.Murid-murid & guru SKHI tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Gunting Rambut yang turut di adakan.Terbaik!




