PROGRAM SAHSIAH MURID : 5S (SENYUM,SAPA,SALAM,SANTUN & SEGAK) & GURU PENYAYANG

Tanggal 27 Februari 2018 satu majlis besar-besaran sempena Program Guru Penyayang diadakan di Dewan Cempaka Sari.Program ini bertemakan 5S iaitu Senyum,Sapa,Salam,Santun & Segak.Program ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu Hari Lahir,Bersih Ceria,Minda cergas,Sifar Ponteng dan Semarak Kasih Sahsiah Unggul.

Program dirasmikan oleh Penyelia Hal Ehwal Murid PPD Kota Setar iaitu Encik Mohd Hairi Bin Suhaimi.Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis berlangung dan sudah pastinya yang paling ditunggu ialah penyampaian hadiah berupa 2 buah basikal sumbangan JMF Group.Murid-murid yang menyambut bulan kelahiran juga disambut meriah serta murid-murid yang menunjukkan sifat terpuji diberi cenderahati dan kelas paling ceria diberikan piala.

Tahniah buat semua murid yang terlibat dan tahniah juga pada seluruh Warga Ismailians yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Tahniah semua.

 

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.