
653 total views, 1 views today
Minggu ini menyaksikan minggu yang paling sibuk kerana setiap hari diisi dengan program-program anjuran sekolah dan NGO.Terbaru, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah mengadakan Program Damai : Masyarakat Bebas Dadah bertempat di Dewan SKHI.Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Fauzul Fitri, Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Kedah.Majlis ini disertai dengan ceramah mengenai bahaya dadah dan persembahan muzikal dari Kumpulan Stargazer yang membawakan lagu-lagu bertemakan dadah.Di akhir majlis, konvoy bermotosikal sempena merdeka dari IPT Negeri Johor memeriahkan acara dengan membawa Jalur Gemilang dari Johor ke Perlis.