POKOK SENA

782 total views, 4 views today

DAERAH POKOK SENA

Pengenalan

 

Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2′ Utara , 100.4′ Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan ‘Pokok Sena’ itu.

Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.Pokok Sena juga masih diuruskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar ( MBAS ).

Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih ladi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.

Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.

Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan ‘Pokok Sena’ itu.

Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH POKOK SENA
Memuat Gambar, Sila Tunggu Sebentar…