KEBITARAAN

 3,418 total views,  4 views today

ORGANISASI PIBG SK HAJI ISMAIL



BILIK OPERASI PIBG

Bilik Operasi PIBG terletak di hadapan Dataran Seri Pagi dan bersebelahan dengan Pusat Sumber Sekolah.Bilik ini menempatkan ruang untuk bekerja bagi Yang DiPertua, Bendahari dan Setiausaha PIBG SKHI.Terdapat pelbagai sijil-sijil serta artikel dari akhbar tempatan dilekatkan di segenap ruang dinding sebagai bukti kecemerlangan pengurusan PIBG SKHI.Disebelah bilik gerakan ini terdapat sebuah Bilik Mesyuarat PIBG.Bilik mesyuarat ini boleh diakses melalui sebuah pintu diantara bilik gerakan dan bilik mesyuarat ataupun melalui pintu utama bilik mesyuarat ini.Bilik mesyuarat ini mampu menampung seramai hampir 25 orang pada satu-satu masa.Kedua-dua bilik ini mempunyai sistem penghawa dingin untuk keselesaan.

Pintu Masuk ke Bilik Gerakan PIBG
Meja khas untuk YDP,Bendahari & Setiausaha melaksanakan tugas.
Dinding dipenuhi dengan bahan aktiviti termasuklah baju sukan yang ditaja oleh PIBG.
Rak fail PIBG disusun kemas.
Bilik Mesyuarat PIBG yang terletak di sebelah Bilik Gerakan PIBG.Ia boleh diakses melalui pintu diantara kedua-dua bilik tersebut ataupun melalui pintu utama Bilik Mesyuarat.
Pandangan sudut lain Bilik Mesyuarat PIBG.Kelihatan pintu yang menghubungkan Bilik Mesyuarat dengan Bilik Gerakan PIBG.

RAK PAPAN PAMERAN PIBG

Papan pameran PIBG ini digunakan ketika PIBG dijemput ataupun menghadiri Expo dan pameran-pameran yang diadakan oleh Kementerian,Jabatan mahupun badan-badan berdaftar seluruh negeri Kedah mahupun Kebangsaan.Terbaru, bahan-bahan ini dibawa ketika PIBG menyertai Expo Muafakat Kedah 2018.

PENGIKTIRAFAN

Antara Koleksi Sijil-Sijil Pengiktirafan & Penghargaan Tertinggi Yang Diterima Oleh SKHI

Johan PIBG Cemerlang Negeri Kedah 2011/2012
Johan Surau 5 Bintang Sekolah Rendah Negeri Kedah 2012
Sijil Penghargaan dari PPD Kota Setar
Naib Johan Bilik PPDa Kebangsaan 2012
Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012-2013
Sijil Penghargaan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Sijil Penghargaan Anugerah Surau Imarah Peringkat Kebangsaan 2013
Naib Johan Kompang Formasi Peringkat Kebangsaan 2014
Johan Tandas Terbersih Daerah Kota Setar 2014
Tempat Ketiga Anugerah Tandas Terbersih Peringkat Kebangsaan 2014
Yang DiPertua PIBG,En. Suwandi dilantik sebagai KPIBK Kebangsaan 2017-2020

SUMBANGAN 2008 – 2019

Berikut merupakan sumbangan PIBG untuk tempoh 10 tahun bagi sumbangan berbentuk material kepada SKHI manakala sumbangan dari segi Kewangan,Khidmat Bantu dan Program Sekolah pula diambil kira dari tahun 2017.

Material

    • Jersey Pasukan Bola Jaring
    • Jersey Pasukan Bola Sepak
    • 50 buah Aircond
    • Songkok dan tudung untuk murid tahun 1
    • Tong Cat untuk keceriaan sekolah
    • Printer untuk kegunaan PIBG & Sekolah
    • Dataran Serbaguna untuk aktiviti murid
    • Bumbung kantin
    • Kerusi & Meja Marble untuk kafeteria sekolah
    • Kismis untuk bacaan yassin harian
    • PA Sistem di Dewan Cempaka Sari
    • Pintu Gerbang ke Makmal ICT
    • Dakwat & Toner untuk pencetak
    • Basikal untuk murid sifar ponteng
    • Pagar Keselamatan di Tingkat 3 & 4
    • Cenderahati kepada guru yang bersara & bertukar
    • Van untuk pengankutan murid dan barang-barang sekolah
    • Anjung di Bangunan Serindit
    • Astaka di Dataran Seri Pagi
    • Anjung Pelawat
    • Sangkar
    • Bumbung untuk semua parkir kakitangan sekolah
    • Komputer untuk kegunaan pejabat & PIBG
  • Sudut Pameran

Kewangan 2017-2019

  • Sumbangan makanan setiap hari kepada murid yang tidak menerima RMT 2019
  • Sumbangan SSPN BSN untuk murid 5A UPSR 2017
  • Sumbangan bagi menjayakan Hari Kejohanan Olahraga 2017
  • Sumbangan bagi menjayakan Hari Kejohanan Sukan Olahraga 2018
  • Sumbangan bagi menjayakan Program Aspirasi Waris Cemerlang 2017
  • Sumbangan bagi menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2017
  • Sumbangan untuk Majlis Bacaan Yassin Murid Tahun 6 bersama waris
  • Sumbangan untuk kelas tambahan PIBG
  • Sumbangan Program Qiamullail sekolah
  • Sumbangan untuk perojek keceriaan sekolah
  • Sumbangan untuk hadiah Top 10 Excellent 2017 & 2018
  • Sumbangan untuk Majlis Khatam Al-Quran 2017
  • Sumbangan Zakat Perniagaan PIBG tahun 2017
  • Sumbangan penyelenggaraan 50 unit penghawa dingin
  • Sumbangan sempena lawatan murid tahun 5 7 6 ke Perak & Melaka
  • Sumbangan Kem Bestari Solat 2017
  • Sumbangan kelas tambahan tahun 6
  • Sumbangan kelas LINUS 2017
  • Sumbangan kewangan kepada badan kebajikan murid
  • Sumbangan Kem Kepimpinan Diri dan Minda untuk Tahap 2 di Kem Singkir
  • Sumbangan bayaran bil air dan elektrik Surau Imarah
  • Sumbangan songkok dan tudun guntuk murid tahun 1
  • Sumbangan untuk murid yang mewakili PKG / Daerah / Negeri
  • Sumbangan untuk Badan Kebajikan PIBG untuk murid
  • Sumbangan teknik menjawab soalan UPSR 2017
  • Sumbangan Cat untuk keceriaan sekolah
  • Sumbangan Komputer dan Printer untuk pengurusan PIBG
  • Sumbangan untuk pembangunan sekolah 2017
  • Sumbangan pembinaan dataran serbaguna untuk aktiviti PDP murid
  • Sumbangan makan & minum murid sempena gotong-royong membasmi denggi
  • Sumbangan untuk Sambutan Hari Guru 2017
  • Sumbangan membaik pulih bumbung kafeteria
  • Sumbangan untuk fotostat soalan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
  • Sumbangan untuk Mesyuarat Agung PIBG 2017
  • Sumbangan buah kurma kepada warga sekolah sempena bulan ramadan
  • Sumbangan Program Kecemerlangan UPSR 2017
  • Sumbangan duit raya 2017
  • Sumbangan untuk Program Penyayang & 5S
  • Sumbangan tambang bas untuk lawatan ke Rumah Kelahiran Tun Mahathir
  • Sumbangan untuk Program PPPM
  • Sumbangan kismis untuk aktiviti bacaan yassin mingguan
  • Sumbangan jamuan akhir tahun 2017
  • Sumbangan untuk sambutan kemerdekaan peringkat sekolah 2017
  • Sumbangan untuk aktiviti selepas UPSR
  • Bantuan kepada waris miskin sempena bulan ramadhan
  • Sumbangan untuk kelas tambahan tahun 4 & 5
  • Sumbangan membeli peralatan PA Sistem Dewan Cempaka Sari
  • Sumbangan membaik pulih pintu gerbang ke Makmal ICT
  • Sumbangan untuk program transisi dan pendaftaran tahun 2018
  • Sumbangan untuk Pertandingan Patrol Dengue 2017
  • Sumbangan untuk Pertandingan Penarafan denggi peringkat Kebangsaan
  • Sumbangan untuk hadiah cabutan bertuah Mesyuarat Agung PIBG 2017
  • Sumbangan untuk hadiah cabutan bertuah Mesyuarat Agung PIBG 2018
  • Sumbangan untuk hadiah waris sempena hari sukan sekolah
  • Sumbangan basikal untuk murid ponteng sifar
  • Sumbangan untuk makan & minum mesyuarat AJK PIBG
  • Sumbangan untuk Majlis Jamuan Persaraan Timbalan Pengarah JPN Kedah
  • Sumbangan untuk Program 3K
  • Sumbangan untuk pengurusan Sarana / PIBK
  • Sumbangan cenderahati kepada Puan Kalsum yang bersara wajib 2018
  • Sumbangan untuk murid miskin cemerlang UPSR 2017 yang bersekolah di MRSM / SBP
  • Sumbangan sijil penghargaan kepada PIBK yang memberi sumbangan dan kerjasama
  • Sumbangan pembinaan pagar keselamatan di tingkat 3 & 4 Blok Cenderawasih

Khidmat Bantu 2017 – 2019

  • Gotong-royong membasmi denggi peringkat sekolah
  • Hari Kejohanan Olahraga
  • Hari Kejohanan Olahraga
  • Merentas Desa
  • Merentas Desa
  • Kenduri Bubur Asyura bersama waris
  • sudut PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia )
  • Jamuan Akhir Tahun
  • Bulan Kemerdekaan
  • Program 3K ( Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan )
  • Perarakan Maulidul Rasul

Program Sekolah 2017 – 2019

  • Program Aspirasi Waris Cemerlang
  • Majlis Anugerah Cemerlang
  • Bacaan Yassin Murid Tahun 6 Bersama Waris
  • Kelas Tambahan
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Kem Bestari Solat
  • Kem Kepimpinan Diri dan Minda di Kem Singkir
  • Teknik Menjawab Soalan UPSR
  • Sambutan Hari Guru
  • Mesyuarat Agung PIBG
  • Program Penyayang dan 5S
  • Program 3K