PENUTUPAN OPERASI SEKOLAH AKIBAT VIRUS COVID-19

Perutusan Khas Perdana Menteri malam tadi telah  memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin. Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Oleh yang demikian, SKHI akan menutup semua operasinya bermula 18 Mac 2020 ( Rabu ) sehingga 31 Mac 2020 ( Selasa ) kecuali pekerja pembersihan & kawalan keselamatan.Sebarang urusan pejabat hendaklah dilakukan selepas pengumuman selanjutnya oleh pihak kerajaan.

Untuk urusan pendaftaran tahun satu 2021, pihak tuan diminta menunggu pengunguman selanjutnya oleh pihak Kerajaan Malaysia.Pelanjutan tempoh pendaftaran mungkin berlaku.Terima Kasih.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.