PENDANG

500 total views, 2 views today

DAERAH PENDANG

PENGENALAN

 

Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan “pendiat” yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.

Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan “Pendang” adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga.

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH PENDANG