PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SELEPAS PENUTUPAN AKIBAT COVID-19

Hari ini semua sekolah di seluruh Malaysia telah kembali dibuka selepas berehat panjang akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara awal tahun ini.SKHI menutup premisnya sejak 18 MAC 2020 iaitu kira-kira 120 hari yang lalu dan secara rasminya menerima kehadiran murid-murid tahun 5 & 6 mulai hari ini.Murid-murid tahun 1 – 4 akan mula ke sekolah pada 22 Julai ini.Pelbagai peraturan ketat di perkenalkan bagi membendung wabak Covid-19 ini dari menular dikalangan pelajar.Oleh itu, SKHI telah bersedia dengan segala kemudahan dan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan & Pendidikan sejak sebulan yang lalu.Semua warga SKHI perlu menerapkan norma baharu semasa didalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

 

SKHI menerima pemantau dari Balai Polis Kuala Kedah iaitu Sarjan Misbah harun dan wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Pn. Nor Azah Zakaria, Penolong Pengarah Pra-Sekolah dan Rendah.Kedua-dua mereka diiringi oleh Guru Besar dan YDP PIBG SKHI.Mereka dibawa melihat persiapan dan pelaksanaan pihak SKHI dalam mengendalikan hari pertama persekohan dalam suasana PKPP selepas bercuti selama 3 bulan.Marilah bersama kita bersatu membendung virus yang membawa maut ini.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.