
Pejabat Pentadbiran SKHI akan beroperasi semula secara waktu fleksi seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Pengarah Pendidikan Kedah bermula pada 13 Mei 2020 ( RABU ).Oleh yang demikian, pihak pentadbiran sekolah telah menetapkan waktu untuk urusan pejabat seperti berikut :
Waktu Operasi : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Hari Operasi : Ahad – Khamis
Tempoh : Sepanjang Arahan PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat )Berlangsung.
Waktu operasi fleksi ini akan diteruskan sehingga mendapat arahan operasi penuh oleh YAB Perdana Menteri kelak.Para waris diminta mematuhi arahan keselamatan pencegahan wabak semasa berurusan di pejabat seperti mengenakan pakaian yang bersih, sentiasa memakai penutup muka, sanitizer tangan dan menjaga jarak sosial.Diingatkan,para waris hanya perlu berurusan di luar pejabat sahaja melalui cermin slider dan kerusi meja yang telah disediakan di luar pejabat.Langkah ini perlu bagi membendung risiko jangkitan COVID19.