
Pagi ini SKHI menerima kunjungan dari wakil SIP+ ( School Improvement Partners + ) PPD Kota Setar iaitu En. Mustaffa Bin Ahmad & En. Mohd A’sri Bin Abdul Ghani.Kunjungan ini adalah untuk memantau dan memberi penerangan mengenai Rancangan Pemajuan Sekolah ( RPS ) yang dahulunya dikenali sebagai Perancangan Strategik Organisasi ( PSO ).Pemantau dibawa ke Bilik Mesyuarat Putih Seroja untuk sesi tayangan video serta sedikit percambahan minda antara kedua pihak.Pihak sekolah menyediakan sedikit cenderahati kepada pegawai pemantau yang disampaikan oleh tuan guru besar.