PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Majlis Pelancaran Program Sekolah Penyayang ini disambut dengan penuh gilang gemilang dan diberi pujian oleh wakil dari Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid PPD Kota Setar serta tetamu jemputan VVIP.Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Ismail Bin Salleh,EXCO Negeri Kedah serta diringi oleh Pn. Yusliyati  Md Yusuf wakil dari PPD Kota Setar dan YDP PIBG SKHI, En. Suwandi Abu Bakar.Majlis diacarakan oleh Pn Zuraida dan dimulakan dengan penyampaian doa oleh Ustaz Ruslizam.Tuan Guru Besar menyampaikan sedikit kata aluan dan diakhiri dengan perasmian oleh YB Dato’ Dr. Ismail.YB Dato’ juga sudi menyampaikan hadiah kepada murid serta guru yang memenangi anugerah kelas terbersih,sambutan hari lahir,murid sifar ponteng dan berakhlak tinggi.Tetamu kemudian diiringi ke jamuan tengah hari sebelum berangkat pulang.

 

 

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.