MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 2019

Hari ini PIBG mengadakan MAPIBG kali ke-43 dengan dihadiri tetamu istimewa iaitu Dr. Ghazali Bin Din, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Fakulti Bahasa & Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim , Perak Darul Ridzuan.Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah ini sewaktu kecilnya ( ketika itu SK Seberang Nyonya ).Sudah pasti kunjungan beliau sangat istimewa buat dirinya serta SKHI sendiri.Banyak kenangan sewaktu kecilnya diceritakan kepada hadirin.Dari anak nelayan kepada seorang yang berjawatan timbalan dekan di salah sebuah universiti terbaik di Malaysia.Majlis ini dimulakan dengan meraikan kedatangan Dr. Ghazali dan beliau dibawa untuk memeriksa perbarisan dari Unit Berunifom Sekolah dan seterusnya diiringi ke Dewan Cempaka Sari dengan paluan kompang.Majlis diacarakan oleh Pn. Zuraida dan bacaan doa oleh Ustaz Rodiyudin.Majlis penyampaian cenderamata kepada barisan ahli PIBG dan PIBK disempurnakan oleh Dr. Ghazali sendiri.Majlis bersurai sekitar jam 5.00 petang dan tetamu dibawa ke kafeteria untuk sesi santapan.Mesyuarat pemilihan jawatankuasa PIBG dilangsungkan sekitar jam 5.00 petang.

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.