MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 2018

Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Ismail kali ke-42 telah diadakan di Dewan Cempaka Sari.Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Mutalib Harun, Penyelaras DUN Kubang Rotan menggantikan Dato’ Wira Haji Abdullah Hasnan Kamaruddin yang tidak hadir akibat komitmen lain yang lebih penting.Tayangan video aktiviti KSIB/PIBK PIBG SKHI ditayangkan kepada waris sementara menunggu acara bermula.Majlis dimulakan dengan sambutan tetamu VIP dan pemeriksaan perbarisan oleh Datuk Abdul Mutalib sambil diiringi oleh Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG.Tetamu diarak masuk ke dewan dengan iringan paluan kompang skuad kompang SKHI dan nyanyian lagu Negaraku dimainkan seterusnya majlis dirasmikan oleh tetamu VIP.Mesyuarat diserikan dengan cabutan bertuah kepada waris dengan peratus kehadiran sebanyak 90%.Mesyuarat kali ini berakhir pada jam 6.30 petang.

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.