MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 2015 (11 Gambar)

Mesyuarat Agung Kali Ke 39 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Haji Ismail pada 25 Mac 2015 yang lepas dan di sempurnakan oleh tetamu jemputan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Hasnan Bin Kamaruddin, Pengerusi Majlis Pembanggunan Pertanian Parlimen Kuala Kedah.Pada mesyuarat kali ini terdapat beberapa pertukaran dalam pentadbiran PIBG di mana Naib Yang DiPertua, En Haji Mohd Isa Yahya telah menarik diri atas faktor usia dan kudrat.Jawatan beliau telah disandang oleh En. Mohd Shuhaimi Bin M. Jusoh. Para waris juga telah sebulat suara bersetuju bahawa pemilihan AJK Waris haruslah mempunyai anak yang bersekolah di SK Haji Ismail.Dengan itu terdapat 5 muka baru untuk mengisi jawatan AJK Waris dan Pemeriksa Kira-Kira iaitu En. Zamzuri Chin, Pn. Rozaida Zain, En. Rosli Azimin, Pn. Roziyati Awang dan En. Ab Halim Ariffin.Jawatan-jawatan lain tidak berubah kerana kepercayaan dan khidmat cemerlang yang di beri tidak tercabar oleh orang lain.5 orang murid cemerlang 5A 2014 telah menerima sumbangan Sijil Simpanan Premium sumbangan PIBG dan individu.Beberapa usul dibentangkan oleh kalangan waris dan mesyuarat kali ini di akhiri dengan acara cabutan bertuah.Tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini.Terima kasih semua!!

 

141
Barisan tetamu pada mesyuarat kali ini.

168
‘Pasukan’ Pendaftaran sedia berkhidmat.
147
YB Dato’ Haji Abdullah Hasnan diapit oleh orang kuat SKHI iaitu YDP PIBG En Suwandi dan Guru Besar Cemerlang Haji Md Isa Othman.
176
YB Dato’ Hj. Abdullah Hasnan menyampaikan sedikit pesanan dan merasmikan majlis.Terima kasih YB.
149
Barisan tetamu jemputan dan waris yang segak bergaya
184
” cek nak balik beli gerek la ni jugak “.Mungkin itu antara ungkapan pelajar cemerlang 5A ini yang menerima Sijil Simpanan Premium.
207
Puan Mafuzah menerima Sijil Penghargaan sebagai Pegawai Seranta PIBG.Beliau antara guru famous di SKHI..=)
227
Sesi pembentangan antara waris dan wakil PIBG.
251
” Saya ingin mengusulkan…….ZzzzZZzz……..krohh…kroohh.”
270
YDP PIBG dengan muka tidak puas hati menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada waris.”Saya dok aim yang ni dari mula lagi” – YDP PIBG

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.