
Pagi ini SKHI menerima kunjungan dari editorial Majalah Kuntum.Majalah Kuntum merupakan antara majalah pendidikan paling lama bertapak di Malaysia.Edisi pertama majalah ini adalah pada Februari 1980 iaitu hampir menjengah usia 40 tahun.Majalah ini menyasarkan pembaca dari umur 6 hingga 12 tahun.Mereka dibawa untuk minum pagi sebelum memulakan sesi ilmiah bersama semua murid di Dewan Seri Cempaka.Antara yang menarik perhatian sudah pasti maskot Kuntum.Terima kasih kerana mengunjungi sekolah kami.