MAJLIS PERSARAAN CIKGU KALSUM & SAMBUTAN HARI LAHIR

Pada hari ini genaplah umur Cikgu Kalsum 60 tahun.Ini bermakna beliau juga akan bersara wajib pada hari ini.Suasana suram yang menyelubungi SKHI diceriakan dengan kemunculan Cikgu Kalsum yang cantik bergaya mengenakan busana bagaikan seorang puteri yang sudah lanjut usianya.Cikgu Kalsum diraikan bagai raja sehari diatas pentas yang dihiasi seperti singgahsana pengantin.

Cikgu Kalsum mula berkhidmat di SKHI pada Januari 1988 dan terus memberi khidmat baktinya selama 30 tahun disini.Beliau merupakan antara guru paling lama berkhidmat di SKHI dan sudah pasti terlalu banyak memori beliau bersama SKHI sepanjang 30 tahun berkhidmat disini.Beliau menyaksikan sendiri evolusi SKHI dari zaman 80’an sehingga sekarang.

Semoga Cikgu Kalsum terus diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah S.W.T. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Cikgu Kalsum sepanjang berkhidmat di SKHI!

 

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *