
Majlis Bacaan Yasin Bersama Waris Tahun 6 dan Majlis Memohon Restu sempena Peperiksaan UPSR yang akan diadakan tidak lama lagi berlangsung dalam suasana penuh harmoni .Guru-guru,waris serta pelajar bersama-sama membaca surah Yasin agar mereka diberkati sepanjang Peperiksaan UPSR kelak.Semoga murid-murid UPSR 2015 SKHI akan cemerlang dalam UPSR nanti.Amin Ya Robbal Alamin.