MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Majlis Anugerah Cemerlang SK Haji Ismail berlangsung penuh gilang gemilang pagi ini.Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Fadzil Bin Abdul Rahman,Pengerusi Eksekutif Tentu Canggih Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan bekas pelajar sekolah ini.Antara tetamu undangan khas yang lain ialah Encik Azhari Bin Abdul Rashid,Timbalan PPD Kota Setar dan Encik Yahaya Bin Sani,Pengarah MARA Negeri Kedah.Acara dimulakan dengan paluan kompang oleh murid SKHI dan mengiringi Dato’ Hj. Fadzil ialah Tuan Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG.Dato’ Hj. Fadzil diberi penghormatan untuk merasmikan Galeri Sejarah SKHI yang mana ia menempatkan 4 ruang khas iaitu Sireh Pulang Ke Gagang,Sejarah Sekolah,Butir Bintang dan Nostalgia.Sireh Pulang Ke Gagang merupakan sudut khas untuk meraikan mereka yang pernah belajar di SKHI dan kembali berkhidmat di SKHI.Sudut Sejarah Sekolah pula menceritakan sejarah sekolah secara terperinci dan siapa Haji Ismail.Sudut Butir Bintang merupakan ruangan khas bagi memperingati bekas murid SKHI yang berjaya dalam kehidupan mereka dan menjadi contoh bagi masyarakat.Antara butir bintang ini ialah Dato Seri Syed Razak Syed Zain,Bekas Menteri Besar Kedah dan juga Dato Hj Fadzil sendiri.Sudut Nostalgia pula mengimbau kenangan lalu sekitar 1960’an – 90’an beserta gambar.Gimik acara perasmian pula adalah ‘pembebasan burung’ setelah jendela tingkap dibuka.Tahun ini juga merupakan tahun pertama SKHI menggunakan kemenjadian murid dalam acara sebesar ini.Doa dibacakan oleh murid SKHI dan pengacara majlis juga menggunakan dua orang murid SKHI dengan penggunaan dwi bahasa,Melayu dan Inggeris.Selesai upacara penyampaian hadiah di Dewan Seri Cempaka,semua tetamu dibawa pula ke ruangan Kafeteria SKHI untuk acara santapan,tayangan video korporat SKHI dan persembahan murid.Majlis berkahir dengan maklum balas positif dari semua pihak terutamanya oleh Tuan PPD dan Dato Hj Fadzil.Selepas majlis berakhir,Dato’ Hj Fadzil dibawa melawat ke sekitar sekolah bagi mengimbau semula kenangan-kenangan ketika beliau dan guru besar belajar disini satu ketika dahulu.

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.