
Hari ini SKHI menerima kunjungan dari warga SK Kuala Perlis sempena Lawatan Penanda Aras SK Kuala Perlis ke SK Haji Ismail.Lawatan dari negeri jiran ini disambut dengan penuh hormat.Warga SKKP dibawa menjamu selera di Syukran Cafe sebelum memulakan sesi Tayangan Video Kejayaan SKHI dan Sidang Ucapan serta sesi bertukar cenderamata antara kedua-dua pihak di Makmal ICT.Kemudia, warga SKKP di bawa melawat ke tempat-tempat yang menjadi mercu tanda kejayaan SKHI di Peringkat Kebangsaan seperti Kamar IDEAL,Surau An-Nur,Bilik PPDa,Bilik j-Qaf,Pusat Sumber Sekolah,Taman Minda dan tidak lupa lawatan dari bahagian pentadbiran SKKP ke Pejabat SKHI untuk melihat tatahias dan pengurusan Bilik Guru Besar dan Ruang Pejabat Pentadbiran SKHI.Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.Tahniah!






