LAWATAN KE PANTAI TIMUR

Pada cuti selama 4 hari ini SKHI telah mengambil kesempatan untuk melawat ke kawasan pantai timur pada Sabtu hingga hari Isnin.Aktiviti ini bersempena lawatan ‘terakhir’ warga SKHI dan Cikgu Shofiah  yang akan bersara wajib pada bulan Mac 2019 nanti.Perbelanjaan pengangkutan juga ditanggung oleh Cikgu Shofiah sendiri.Lawatan ini  mengambil masa 3 hari 2 malam dan melibatkan dua negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.Disebalik kegembiraan ada kedukaan,dompet milik Pak Yeh telah dicuri dan kutipan derma ehsan telah dilakukan bagi membantu meringankan beban Pak Yeh dan tayar bas telah tercabut ketika dalam perjalanan pulang dan tersadai di kawasan berbukit berhampiran Tasik Banding.Masalah dapat diatasi hasil bantuan Tuan Pengarah MARA Kedah yang turut terlibat dalam lawatan ini dengan meminjam bas dari MRSM Gerik.Semua peserta lawatan selamat tiba di Kuala Kedah kira-kira jam 5 Pagi.Semoga ia menjadi kenangan sepanjang hidup anda semua dan syukur semuanya selamat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author: SKHI Webmaster

Editor Laman Web SK Haji Ismail.Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di SK Haji Ismail sejak 2013.Pencinta Teknologi & Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.